Xiaomi sebelum telah menjadualkan pengenalan Mi 10 secara rasminya pada 23 Februari 2020 kelak, selari dengan acara MWC 2020. Apa pun, dengan pembatalan MWC 2020 yang diumumkan oleh GSMA pada awal hari ini, kini Xiaomi turut mengumumkan yang mana mereka akan menangguhakn pelancaran produk peringkat global yang dijadualkan pada 23 Februari ini.
Xiaomi turut mengatakan mereka akan memperkenalkan produk baru – termasuk Mi 10 pada kemudian hari di Eropah. Tarikh baru masih belum dikeluarkan lagi buat masa ini.
Bercakap mengenai Xiaomi, hari ini mereka telah pun melancarkan Xiaomi Mi 10 dan Mi 10 Pro di China.