CEO Instagram Memberikan Sebab Mengapa Masih Tiada Aplikasi Untuk iPad

CEO Instagram Memberikan Sebab Mengapa Masih Tiada Aplikasi Untuk iPad

Diterbitkan pada Feb 17, 2020 oleh .

Aplikasi Instagram ditawarkan kepada iPhone hampir sedekad yang lalu sebelum diberikan kepada pengguna Android pada tahun 2012. Walaupun sudah hampir sedekad beroperasi, sehingga kini masih tiada aplikasi Instagram yang benar-benar dibangunkan untuk iPad. Adam Mosseri yang merupakan ketua pegawai eksekutif Instagram akhirnya memberikan sebab mengapa ini berlaku menerusi sesi soal jawab pada akaun beliau.

Menurut beliau pada waktu ini Instagram tidak mempunyai sumber yang mencukupi untuk membangunkan aplikasi khusus untuk iPad. Oleh seban itu mereka menumpukan perhatian kepada pembangunan aplikasi telefon pintar dan web terlebih dahulu. Jawapan yang diberikan beliau pastinya tidak memuaskan hati jutaan pengguna iPad yang telah lama menantikan aplikasi yang mengoptimasikan skrin lebih besar. Tetapi seperti WhatsApp, pengguna iPad perlu terus bersabar walaupun mereka menggunakan tablet yang mempunyai pegangan pasaran terbesar di dunia pada waktu ini.

Sumber @chriswelch menerusi 9to5 Mac



TIPS & ULASAN