Cari @ Amanz

Tahun lalu di WMC Barcelona, TCL memperlihatkan lima peranti konsep dengan skrin boleh-lipat. Kemudian jadual bilakah ia akan dipasarkan tertiris. Pada tahun ni sebuah lagi peranti konsep dengan saiz skrin boleh ubah akan diperlihatkan di MWC tetapi dengan acara telahpun dibatalkan, rekaannya telah tertiris menerusi laman CNET.

Peranti ini tidak mempunyai rekaan skrin boleh-lipat. Sebaliknya bahagian sisi boleh ditarik keluar untuk mengubahnya dari sebuah telefon pintar menjadi sebuah tablet. TCL dipercayai telah menghasilkan sebuah peranti prototaip yang sepatutnya diperlihatkan di MWC.

Setakat ini hanya TCL mempunyai peranti dengan rekaan seperti ini. Selain mereka turut mempunyai prototaip peranti skrin siku-sika dan engsel kupu-kupu. Kesemua rekaan ini akan membolehkan peranti bersaiz kecil menjadi sebuah tablet dengan skrin yang lebih besar.

Sungguhpun begitu Samsung ada memperlihatkan rekaan skrin bergulung di dalam video peranti konsep mereka hampir enam tahun yang lalu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd