YouTube Music Mula Mengaktifkan Ciri Memuat Naik Fail Audio Peribadi

YouTube Music Mula Mengaktifkan Ciri Memuat Naik Fail Audio Peribadi

Diterbitkan pada Feb 22, 2020 oleh .

Dengan YouTube Music, Google akhirnya memberikan saingan kepada perkhidmatan penstriman muzik popular seperti Spotify dan Apple Music. Pasca pelancarannya, ramai pengguna meminta supaya ciri memuat naik audio dari koleksi peribadi diberikan sama seperti yang disokong Google Play Music.

Bagi pengguna YouTube Music, berita baik bagi anda ialah Google mendengar dan ciri ini mula disokong hari ini. Fail audio dalam format FLAC, M4A, MP3, OGG, dan WM boleh dimuat naik menerusi laman web YouTube Music. Pengguna perlu menekan ikon akaun dan menekan pilihan memuat naik muzik.

Muzik yang telah dimuat naik boleh diakses menerusi Library > Songs > Uploads. Anda tidak perlu melanggan kepada YouTube Music Premium untuk menggunakan ciri ini.

Ciri ini diaktifkan secara berperingkat dan masih belum boleh dilakukan menerusi aplikasi telefon pintar. Kami juga masih belum menerimanya tetapi bagaimana pula dengan pembaca Amanz?



TIPS & ULASAN