Rekaan Dan Spesifikasi Sony Xperia 1 II Tertiris

Rekaan Dan Spesifikasi Sony Xperia 1 II Tertiris

Diterbitkan pada Feb 24, 2020 oleh .

Minggu lalu Sony Xperia L4 dilancarkan dan ia hanyalah sebuah peranti kelas permulaan dengan spesifikasi yang agak mengecewakan. Sony masih mempunyai perancangan melancarkan peranti mercu mereka secara atas talian hari ini tetapi ia nama, rekaan dan spesifikasinya telah tertiris ke arena web menerusi ciapan @MaxWinebach.

Sony Xperia 1 II ialah nama yang dilengkapi skrin 6.5 OLED 4K HDR, dijana cip Snapdagon 865, memori sebesar 8GB RAM, storan 256 GB, kamera utama  12+12+12+3D TOF, kemera hadapan 8MP dan bateri sebesar 4000 mAh.

Peranti menyokong rangkaian selular 5G Sub 6, pengecasan secara nirwayar Qi dan mempunyai tahap ketahanan kalis air IP 68. Skrin memanjang 21:9 dikekalkan pad peranti pengganti Xperia 1 ini. Pilihan warna pula adalah hitam dan ungu sahaja.

Turut dapat dilihat ialah sistem imbasan cap jari dalam skrin kerana tiada pengimbas pada bahagian sisi seperti yang digunakan pada Xperia tahun lalu. Penamaan peranti ini adalah agak aneh tetapi persoalannya ialah adakah ia akan mampu mengembalikan zaman kegemilangan Sony.



TIPS & ULASAN