Kerangka iPad Pro 2020 Tertiris Mengesahkan Penggunaan Tri-Kamera

Kerangka iPad Pro 2020 Tertiris Mengesahkan Penggunaan Tri-Kamera

Diterbitkan pada Feb 26, 2020 oleh .

Pelbagai ramalan mengenai iPad Pro 2020 mula didengari sejak pertengahan 2019. Antara ramalan paling kuat didengari ialah dari Ming-Chi Kuo yang mengatakan iPad Pro 2020 kelak akan menggunakan sistem tri-kamera seperti yang digunakan iPhone 11 Pro. Ramalan beliau ini mungkin menjadi realiti selepas beberapa imej kerangka untuk tablet ini mula tertiris ke arena web.

Hari ini imej kerangka Aria Smart Keyboard Case dengan papan kekunci keluaran Pad & Quill telah tertiris ke arena web selepas pra-tempahannya dibuka. Jelas kelihatan lubang berbentuk empat segi pada bucu atas kanan sekaligus memberikan petunjuk ramalan yang dilakukan akan menjadi kenyataan.

Besar kemungkinan sensor dan sistem kamera yang digunakan pada iPhone 11 Pro digunakan semula. Ini membolehkan iPad Pro 2020 mempunyai kemampuan setanding seperti telefon terbaik yang dikeluarkan Apple pada waktu ini.

Apple dijadualkan melakukan acara khas pada penghujung Mac ini. Selain iPad Pro baharu iPhone 9 mungkin akan diperkenalkan.



Paling Popular