Rekaan Samsung Galaxy A11 Tertiris – Kini Dengan Tri Kamera Utama

Rekaan Samsung Galaxy A11 Tertiris – Kini Dengan Tri Kamera Utama

Diterbitkan pada Mac 2, 2020 oleh .

Samsung Galaxy A10 dilancarkan Mac tahun lalu sebagai peranti permulaan mampu milik. Pada hujung minggu lalu imej pengolokan rasmi Samsung Galaxy A11 telah tertiris ke arena web dan menunjukkan model kemas kini Galaxy A10 ini akan akhirnya menyokong sistem trikamera.

Selain sistem kamera yang lebih baik, peranti juga akan menggunakan skrin dengan lubang untuk kamera swafoto. Tahun lalu Galaxy A10 masih menggunakan rekaan takuk skrin.  Memandangkan Galaxy A11 dijangka akan masih lagi dipasarkan sebagai peranti kelas permulaan, ia mengekalkan penggunaan pengimbas cap jari fizikal pada panel belakang.

Tahun lalu Samsung Galaxy A10 ialah antara sepuluh peranti paling tinggi jualannya di peringkat global. Sekiranya harga jualannya setanding dengan Galaxy A10, tidak mengejutkan jika Galaxy A11 akan menuruti jejak langkah yang sama.


TIPS & ULASAN