Rekaan Oppo Watch Diperlihatkan Dalam Warna Hitam Dan Emas

Rekaan Oppo Watch Diperlihatkan Dalam Warna Hitam Dan Emas

Diterbitkan pada Mac 2, 2020 oleh .

Pada 6 Mac ini Oppo Find X2 akan secara rasmi dilancarkan sebagai peranti mercu pertama mereka dengan Snapdragon 865. Selain peranti ini, mereka turut akan melancarkan jam tangan pintar pertama mereka Oppo Watch.

Rekaan jam tangan Wear OS ini telah beberapa kali diacah tetapi hari ini poster rasmi telah dikongsi oleh Oppo menerusi lama Weibo rasmi. Dua warna diperlihatkan iaitu hitam dan emas. Jelas dapat dilihat penggunaan skrin empat segi dengan empat bucu dibulatkan serta tali jam yang diperbuat daripada bahan silikon. Sekali imbas ia mirip sebuah Apple Watch dengan perbezaan terletak pada dua butang sisi tanpa pemutar digital. Ia turut dapat digunakan untuk melakukan panggilan telefon.

Spesifikasi Oppo Watch masih lagi misteri tetapi mungkin tidak banyak berbeza dengan Xiaomi Mi Watch yang dilancarkan tahun lalu.


TIPS & ULASAN