Carian
Oppo Watch Akan Dilancarkan Bersama-Sama Dengan Oppo Find X2 Secara Global Pada 6 Mac Ini
March 3, 2020 Fahim Zahar

Pada penghujung Januari lalu, rekaan jam tangan pintar Oppo telah tertiris. Ia amat mirip dengan Apple Watch, cuma tiada pemutar digital dan menggunakan butang sahaja. Kemudian, Oppo telah mengacah secara rasmi pada bulan Februari. Ia kemudiannya, disahkan akan dilancarkan di China pada 6 Mac. Oppo Watch dan siri Oppo Find X2 turut akan dilancarkan secara global pada 6 Mac ini. Kita akan tahu lebih lanjut mengenai dua peranti ini tidak lama lagi.

Dua warna telah pun diperlihatkan iaitu hitam dan emas. Jelas dapat dilihat penggunaan skrin empat segi dengan empat bucu dibulatkan serta tali jam yang diperbuat daripada bahan silikon. Sekali imbas ia mirip sebuah Apple Watch dengan perbezaan terletak pada dua butang sisi tanpa pemutar digital. Ia turut dapat digunakan untuk melakukan panggilan telefon.

Spesifikasi Oppo Watch masih lagi misteri tetapi mungkin tidak banyak berbeza dengan Xiaomi Mi Watch yang dilancarkan tahun lalu.

Komen