Acara Pelancaran Peranti Terkini Nokia Dijadualkan Semula Ke 19 Mac

Acara Pelancaran Peranti Terkini Nokia Dijadualkan Semula Ke 19 Mac

Diterbitkan pada Mac 4, 2020 oleh .

Dengan pembatalan acara MWC Barcelona 2020, pelbagai peranti yang sepatutnya telahpun dilancarkan telah tertangguh. Antara peranti yang amat kami nantikan tahun ini pada asalnya ialah Nokia kerana faktor nostalgia yang tinggi. Acara pelancaran peranti terbaru mereka kini dijadualkan berlangsung pada 19 Mac di London.

Pengesahan tarikh baharu ini dilakukan oleh Juho Sarviks, ketua eksekutif produk di HMD Global menerusi ciapan Twitter. Beliau turut berkongsi imej yang mengesahkan produk yang bakal dilancarkan pada tarikh tersebut berkait rapat dengan filem James Bond No Time To Die.

Telah kami laporkan beberapa hari lalu bahawa kerangka kevlar tahan lasak edisi James Bond akan dilancarkan Nokia. Ciapan Sarvikas mengukuhkan lagi kesasihan kewujudan kerangka tahan lasak ini. Dalam acara yang sama peranti klasik yang kelihatan seperti Nokia XpressMusic mungkin akan diperlihatkan.


TIPS & ULASAN