Cari @ Amanz

Peranti untuk permua Black Shark 3 dilancarkan semalam dengan spesifikasi mengancam Snapdragon 865, sistem pengecasan magnetik dan dua picu taktil pada bahagian sisi. Ini meletakkannya di kerusi pemandu hadapan di dalam perlumbaan menghasilkan peranti untuk permua 2020. Bagi memastikan pengalaman menikmati sesi permua tanpa batas, tiga aksesori khas turut dihasilkan untuk Black Shark 3.

 Aksesori pertama ialah Gamepad 3.0 yang dikemaskini dengan rekaan yang lebih bulat. Ia masih mengekalkan tombol analog, empat butang D-Pad dan dua butang picu fizikal. Tiada alat kawalan pada bahagian kanan dengan pad sesentuh dan empat butang muka ditawarkan kali ini oleh Black Shark.

Seterusnya ialah kipas penyejuk yang boleh mengurangkan suhu sehingga 14 Celsius dalam masa seminit. Ini adalah produk yang sama seperti yang dilancarkan Xiaomi dua minggu lalu tetapi dalam warna hitam, sokongan lampu LED dan kemampuan menyejuk yang lebih baik.

Akhir sekali ialah fon telinga nirwayar bertali dengan bateri yang mampu bertahan sehingga 14 jam. Pada bahagian fon terdapat sokongan lampu LED berwarna hijau. Sistem audio bole dikawal menerusi tombol fizikal yang terbina pada wayar.

Harga jualan Gamepad 3,0 ialah RMB 199 (~RM 120), kipas penyejuk pula RMB 179 (~RM108) dan fon telinga nirwayar pula belum diumumkan

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd