Carian
Android 11 Developer Preview 1.1 Kini Diedarkan Bagi Membaiki Pepijat
March 5, 2020 Fahim Zahar

Pada bulan lepas, Google memperkenalkan sistem operasi baharu mereka – Android 11 Developer Preview. Kali ini, ia diperkenalkan sedikit lebih awal berbanding Developer Preview sebelum ini. Tidak banyak perubahan pun yang diperkenalkan dan kebanyakannya memfokuskan kepada pembangun sahaja.

Terkini, Google telah edarkan kemaskini pertama untuk sistem operasi baharu mereka – iaitu Android 11 Developer Preview 1.1. Kemaskini ini memfokuskan kepada privasi lokasi dengan lebih baik, membaiki pepijat dalam Android Studio dan penggunaan alatan pembangunan lain, membaiki masalah aplikasi, membaiki isu dengan GSI untuk Pixel 3 dan Pixel 4 XL dan beberapa perkara lain yang difokuskan kepada pembangun untuk membangunkan sistem operasi ini atau membangunkan aplikasi untuk kesesuaian dalam Android 11.

Jika anda bukan pembangun, kemaskini ini tidak penting mana. Tetapi, jika anda ingin merasai pengalaman penggunaan Android 11 yang lebih stabil – kemaskini peranti Pixel anda kepada Android 10 terkini. Ini kerana dalam kemaskini terbaru, banyak fungsi dan ciri Android 11 telah diberikan kepada Android 10 Pixel Feature Drop kedua.

Komen