Jam Tangan Pintar Tag Heuer Generasi Ketiga Dilancarkan Pada Harga Mencecah RM 9150

Jam Tangan Pintar Tag Heuer Generasi Ketiga Dilancarkan Pada Harga Mencecah RM 9150

Diterbitkan pada Mac 13, 2020 oleh .

Lima tahun yang lalu Tag Heuer melancarkan “jam tangan pintar” pertama mereka yang menggunakan cip Intel. Ia bukanlah jam tangan pintar sebenar kerana sekadar menjejak perjalanan pemakai tanpa skrin `LCD pada muka jam. Selepas lima tahun mereka akhirnya melancarkan jam tangan pintar Tag Heuer Connected versi terkini yang merupakan jam tangan generasi ketiga mereka yang akhirnya mempunyai fungsi setaraf dengan peranti boleh-pakai lain di pasaran.

Untuk pertama kalinya Tag Heuer Connected dilengkapi pengimbas nadi, accelerometer, giroskop, kompas dan GPS. Menerusi sensor-sensor baharu ini Connected boleh menjejak kesihatan serta sesi bersukan pemakai. Sebelum ini Connected hanya sekadar dilengkapi GPS.

Jam tangan pintar ini masih lagi menggunakan WearOS. Ia dipadankan dengan skrin bulat 1.39-inci OLED dan dijana cip Snapdragon Wear 3100, Bateri 430 mAh yang digunakan pula memberikan tempoh penggunaan sehingga 20 jam. Selain itu ia mempunyai kemampuan kalis air sehingga 50 meter dan kaca yang diperbuat daripada nilam.

Empat model Tag Heuer Connected versi 2020 ditawarkan dengan tubuh yang diperbuat daripada besi ataupun titanium. Tali jam pula diperbuat daripada getah atapun logam. Model paling asas ditawarkan pada harga RM6950 manakala model paling premium ditawarkan pada harga RM9150.


TIPS & ULASAN