Bill Gates Meletak Jawatan Dari Lembaga Pengarah Microsoft Bagi Menumpukan Usaha Kedermawanan

Bill Gates Meletak Jawatan Dari Lembaga Pengarah Microsoft Bagi Menumpukan Usaha Kedermawanan

Diterbitkan pada Mac 14, 2020 oleh .

Bill Gates telah mengumumkan beliau meletak jawatan dari lembaga pengarah Microsoft bagi menumpukan usaha kedermawanan beliau. Beliau turut mengumumkan pelekatan jawatan dari lembaga pengarah Berkshire Hathaway Inc milik Warren Buffett.

Di bawah usaha kedermawanan beliau, hartawan kedua terkaya di dunia ini akan menumpukan perhatian kepada kesihatan dunia, pelajaran dan menentang perubahan iklim yang dilihat semakin serius.

Sejak bersara dari Microsoft pada tahun 2014, Gates menerusi Bill and Melinda Gates Foundation telah memberikan ratusan juta dollar dalam pelbagai usaha seperti mementang malaria, menghasilkan tandas untuk negara dunia ketiga dan baru-baru ini bagi mempercepatkan usaha mencari rawatan untuk Covid-19.


TIPS & ULASAN