Cari @ Amanz

Realme 6i telah dilancarkan secara rasmi semalam di Myanmar seminggu selepas pelancaran Realme 6 dan 6 pro di India. Ia adalah peranti pertama yang menggunakan cip MediaTek Helio G80 yang dilihat setanding dengan cip Snapdragon 670

Spesifikasi lain peranti ialah skrin 6,5″ IPS LCD HD+, memori sehingga 4GB RAM, storan sehingga 128GB dan bateri sebesar 5000 mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W menerusi port USB-C, Kuad-kamera utama menggabungkan sensor 48+8+2+2 Megapixel dengan sistem lensa lebar, ultra lebar, makro dan potret sementara kamera swafoto pula sebesar 16 Megapixel.

Peranti turut dilengkapi pengimbas cap jari pada panel belakang dan bicu audio 3.5,mm pada bahagian bawah. Sistem operasi yang digunakan pula ialah Android 10 dengan pelancar realme UI. Di Myanmanr Realme 6i ditawarkan pada harga bermula dari Ks 249,900 (~RM762) dalam pilihan warna Milk White dan Green Tea,

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd