Redmi K30 Pro Tidak Menyokong Kadar Segar Semula Tinggi, Terhad Kepada 60Hz Sahaja

Redmi K30 Pro Tidak Menyokong Kadar Segar Semula Tinggi, Terhad Kepada 60Hz Sahaja

Diterbitkan pada Mac 19, 2020 oleh .

Redmi K30 Pro adalah peranti mercu Redmi tahun ini. Ia adalah variasi Pro kepada Redmi K30 4G dan 5G yang dilancarkan beberapa bulan lalu. Redmi K30 Pro akan dijana dengan cip Snapdragon 865 dan mempunyai sokongan 5G. Ia juga dikatakan adalah peranti Snapdragon 865 paling murah untuk tahun ini. Peranti ini turut akan mempunyai spesifikais hebat seperti memori LPDDR5 RAM dan storan dalaman berasaskan UFS3.1.

Seperti yang dimaklumkan sebentar tadi, Redmi K30 Pro akan menggunakan skrin AMOLED HDR10+. Dukacita dimaklumkan yang, Redmi K30 Pro akan terhad menggunakan skrin 60Hz sahaja dan tidak menggunakan sebarang panel 90Hz atau 120Hz. Ini adalah berbeza dengan K30 biasa yang menyokong sehingga 120Hz. Walau bagaimanapun, wakil Redmi mengatakan yang panel peranti ini akan mempunyai kualiti skrin yang agak baik dan cantik.

Redmi K30 Pro akan dilancarkan di China pada 24 Mac ini.



TIPS & ULASAN