Cari @ Amanz

Kita di hari ketiga arahan pengurangan pergerakan oleh kerajaan bagi merendah keluk penyebaran wabak Covid-19. Walaupun arahan telah diberikan berkali-kali oleh pihak berkuasa, masih ramai rakyat Malaysia yang tidak cakna dan masih melakukan aktiviti harian seperti biasa.

Pelbagai kempen sedang dilakukan pelbagai pihak bagi menyokong usaha kerajaan ini. Sekiranya anda pelanggan Digi, syarikat telekomunikasi ini memberikan sokongan dengan memberikan peringatan pada status selular peranti. Ia kini memaparkan teks “Digi – Stay Home” menggantikan teks biasa “Digi”.

Kepada pembaca Amanz kami menyarankan anda untuk duduk di rumah bagi mematuhi arahan kerajaan. Sekiranya bosan anda mungkin boleh menonton saluran filem percuma yang ditawarkan Astro, iFlix Vip dan melayari web menggunakan Unifi. Selamat menempuh dua minggu yang mencabar ini bersama.

Terima kasih Jofitri untuk tips ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd