Beberapa hari yang lalu, kami ada melaporkan bahawa Facebook dan Twitter hadir dengan bahagian khusus yang memperlihatkan berita mengenai wabak COVID-19.
Terkini, Instagram turut memperlihatkan notifikasi ringkas mengenai wabak tersebut, dimana mereka menunjukkan pautan kepada laman web kesihatan yang berkaitan di bahagian atas aplikasi tersebut.
Untuk para pengguna Instagram di Malaysia, mereka menunjukkan pautan ke laman web Kementerian Kesihatan Malaysia, dimana semua berita dan maklumat terkini mengenai wabak tersebut dapat dilihat dan dibaca.
Oleh kerana Instagram adalah platform perkongsian gambar, ini mungkin cara yang termudah untuk mereka cuba untuk memberi maklumat terkini mengenai wabak tersebut kepada para pengguna mereka.