Cari @ Amanz

Sebelum ini, telah hadir desas-desus mengatakan Poco F2 mungkin adalah Redmi K30 Pro yang dijenamakan semula untuk pasaran global. Namun, kini wakil Poco mengatakan perkara berkenaan tidak tepat.

Desas-desus berkenaan penjenamaan semula ini hadir berdasarkan kepada beberapa kod sumber, selain langkah Pocophone sendiri memperkenalkan Poco X2 yang berasaskan kepada Redmi K30 sebelum ini.

Disamping itu, Poco F2 juga dijangka akan membawa harga yang sedikit mahal – memandangkan harga peranti Snapdragon 865 yang sedikit tinggi berbanding cip pemprosesan mercu sebelum-sebelum ini.

Buat masa ini, ia belum diumumkan lagi bilakah Poco F2 ini akan dilancarkan secara rasminya – tetapi semestinya ramai yang menantikan pengenalan telefon mercu Pocophone berkenaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd