Kerangka “iPhone 9” Mula Muncul Dan Pelancaran Peranti Seawal Minggu Depan

Kerangka “iPhone 9” Mula Muncul Dan Pelancaran Peranti Seawal Minggu Depan

Diterbitkan pada Mac 31, 2020 oleh .

Kewujudan peranti pengganti kepada iPhone SE telah kami dengari sejak tahun lalu. Pada waktu tersebut ia dijangka dipasarkan sekitar Mac 2019. Bulan Mac 2020 sudah hampir ke penghujung dan peranti yang dikatakan menggunakan nama iPhone 9 masih belum dipasarkan. Terkini menurut laporan MacRumor, kerangka untuk iPhone 9 telah mula muncul di pasaran,

Kerangka “iPhone 4.7″ 2020” di atas dihasilkan oleh Urban Armor Gear yang merupakan pengeluar aksesori yang cukup ternama. Dari sumber maklumat yang diperoleh oleh mereka, jualan kerangka ini akan dibuka pada 5 April. Ini adalah petanda paling jelas setakat ini iPhone baharu akan dilancarkan seawal minggu hadapan.

Dari kerangka di atas, iPhone 9 akan dilengkapi skrin sebesar 4,7″ dengan satu sahaja kamera sahaja pada bahagian belakang. Walaupun bersaiz kecil. ia masih menggunakan cip Apple A13 yang digunakan pada kesemua iPhone 11 tahun lalu sekaligus menjadikannya telefon bersaiz kecil paling berkuasa di pasaran. Peranti ini dipasarkan khusus untuk pengguna iPhone SE yang inginkan peranti kecil berkuasa pada harga  mampu milik.



TIPS & ULASAN