Cari @ Amanz

OnePlus akhirnya akan menyertakan sokongan pengecasan nirwayar pada peranti mereka. Sudah bertahun lamanya alasan demi alasan dan kajian demi kajian, OnePlus 8 Pro adalah peranti pertama OnePlus yang akan menyokongnya. Berdasarkan maklumat tertiris, kuasa pengecasan nirwayar ini adalah 30W.

Menurut Ishan Agarwal, selaku peniris yang terkenal – OnePlus turut akan hadir dengan pad pengecasan nirwayar tersendiri. Disebabkan kuasa adalah 30W, ia mungkin akan menggunakan nama yang sama. Mungkin OnePlus Wireless Warp Charging Pad? Lebih menarik, OnePlus 8 Pro turut dilaporkan mempunyai sokongan pengecasan nirwayar dua arah 3W.

Tidak dinafikan yang teknologi pengecasan nirwayar OnePlus ini adalah dari Oppo. Sebelum ini Oppo turut katakan yang mereka sudah bersedia pasarkan teknologi pengecasan nirwayar mereka. Kedua-dua OnePlus dan Oppo adalah dari syarikat yang sama, BBK Electronics.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd