Carian
Siri OnePlus 8 Ditabalkan Skrin Terbaik Pada Telefon Pintar Oleh DisplayMate
April 3, 2020 Fahim Zahar

DisplayMate adalah syarikat yang menguji kehebatan sesebuah skrin peranti. Tahun ini, Samsung Galaxy S20 Ultra adalah yang pertama ditabalkan oleh mereka sebagai skrin terbaik pada telefon pintar dengan skor A+. Tetapi, Samsung telah ditewaskan oleh dua peranti yang belum dilancarkan lagi iaitu siri OnePlus 8.

Ya, betul! OnePlus 8 dan OnePlus 8 Pro belum lagi dilancarkan. Ia akan dilancarkan pada 14 April ini. Tetapi DisplayMate telah memberi skor A+ tertinggi dan menerima anugerah DisplayMate Best Smartphone Display Awards kepada peranti ini. Bukan itu sahaja, siri OnePlus 8 turut menerima skor 10+ untuk rekod prestasi skrin terbaik. DisplayMate katakan yang skrin peranti ini mempunyai warna yang jitu dan visual yang tidak dapat dibezakan dari kesempurnaan.

OnePlus 8 Pro akan menggunakan skrin QHD+ 120Hz, manakala OnePlus 8 akan terhad kepada FHD+ 90Hz. Kedua-duanya menggunakan panel Super AMOLED. Ini adalah kali kedua OnePlus ditabalkan oleh DisplayMate selepas OnePlus 7 Pro pada tahun lepas.

Komen