Cari @ Amanz

Cloudflare adalah syarikat yang menyediakan DNS percuma 1.1.1.1. Ia menawarkan sekuriti dan kepantasan ketika melayari Internet. Bagi memudahkan pengguna, Cloudflare telah hadir dengan aplikasi bagi mengaktifkan penggunaan DNS pada peranti Android dan iOS. Kemudian, tahun lepas mereka turut hadir dengan perkhidmatan VPN tersendiri bagi tujuan sekuriti dan perlindungan privasi yang lebih baik.

Terkini, Cloudflare telah hadir dengan konfigurasi DNS baharu bagi menyekat kandungan lucah dan juga menghalang daripada jangkitan malware. DNS ini dinamakan sebagai 1.1.1.1 for Families. Sekian lamanya DNS 1.1.1.1 menawarkan pengalaman penggunaan Internet yang selamat dan pantas, tetapi tidak memfokuskan kepada menghalang atau menapis kandungan tidak baik. Melalui konfigurasi DNS baharu ini, ia boleh menyekat kandungan lucah atau khusus untuk orang dewasa agar tidak dapat diakses oleh kanak-kanak.

Pengguna hanya perlu mengubah dua nombor DNS dalam tetapan peranti, penghala atau modem. Satu adalah DNS utama dan satu lagi adalah DNS kedua. Untuk cara pemasangan, Cloudflare telah sediakan tutorial di sini – Tutorial Penggunaan DNS 1.1.1.1 for Families. Kelak, Cloudflare turut akan memperkenalkan kemampuan tambahan konfigurasi DNS untuk perkhidmatan ini. Pengguna akan datang boleh membuat secara spesifik halangan terhadapa sesuatu laman web, tetapkan masa penggunaan dan menerima laporan penggunaan Internet.

Berikut adalah konfigurasi DNS baharu;

Menghalang Malware Sahaja
Primary DNS: 1.1.1.2
Secondary DNS: 1.0.0.2

Menghalang Malware & Kandungan Lucah
Primary DNS: 1.1.1.3
Secondary DNS: 1.0.0.3

Untuk kegunaan IPv6:

Menghalang Malware Sahaja
Primary DNS: 2606:4700:4700::1112
Secondary DNS: 2606:4700:4700::1002

Menghalang Malware & Kandungan Lucah
Primary DNS: 2606:4700:4700::1113
Secondary DNS: 2606:4700:4700::1003

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd