Semalam Netflix akhirnya memperkenalkan nombor pin yang mengunci profil dari diakses oleh pengguna lain. Di masa PKP ini anda pasti tidak mahu anak anda melihat kandungan yang kurang sesuai dengan usia atau tidak mahu apa yang anda tonton diketahui. Tetapi dalam senyap Netflix turut memperkenalkan satu ciri baharu yang kami rasakan lebih penting ketika tempoh PKP iaitu kawalan penggunaan data.
Sekiranya anda adalah pemilik akaun utama, anda boleh menghadkan kualiti video yang distrim oleh setiap profil. Untuk mengubahnya adalah cukup mudah dan hanya mengambil masa beberapa minit.
- Tetapan ini hanya boleh dilakukan menerusi pelayar web. Maka buka pelayar kegemaran anda
- Pergi ke pautan netflix.com/YourAccount.
- Tatal ke Profile & Parental Control dan kemudian pilih ke profil yang ingin diubah.
- Pergi ke Playback Settings dan tekan Change.
- Pilih kualiti penstriman yang diinginkan. Pada tetapan terendah 0.3 GB akan digunakan setiap jam untuk menstrim. Secara lalai ia ditetapkan ke Auto
- Tekan Save dan kini anda tidak lagi perlu risau penstriman Netflix anda akan menggunakan terlalu banyak data.
Selain Netlflix aplikasi lain dan peranti anda sendiri mempunyai sistem tersendiri yang boleh mengehadkan penggunaan data internet bagi mengelakkan anda melebihi kuota yang diberikan syarikat telekomunikasi. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila ke pautan di bawah,