Cari @ Amanz

Apple telah berikrar menghasilkan sehingga 1 juta topeng pelindung muka seminggu untuk digunakan oleh petugas barisan hadapan wabak koronavirus di Amerika Syarikat. Ini diumumkan sendiri oleh Tim Cook di dalam sebuah video awal minggu ini. Rekaan “iTopeng” ini kini diketahui apabila arahan pemasangannya dimuat naik ke laman rasmi Apple.

Topeng pelindung ini terdiri daripada panel pelindung yang diperbuat daripada plastik, cekak dahi dan gelung pengikat yang diperbuat daripada silikon. Dengan penggunaan topeng ini, risiko jangkitan kuman dapat dikurangkan. Seperti yang berlaku di beberapa negara lain di dunia, kekurangan alatan pelindungan peribadi menyebabkan berlakunya kes jangkitan Covid-19 di kalangan petugas barisan hadapan. Di Amerika Syarikat kematian turut telah berlaku di kalangan jururawat.

Sejak wabak ini mula dipandang serius pelbagai syarikat menggembleng kepakaran kejuruteraan mereka untuk menghasilkan produk yang mampu menentang penularan. Sebagai contoh Dyson, Tesla dan Petronas menghasilkan alat bantuan pernafasan dan Proton juga menghasilkan topeng pelindung muka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd