Carian
Ciri “Drag and Drop” Rentas Platform Kini Boleh Dilakukan Antara Peranti Windows Dan Samsung
April 13, 2020 Effi Saharudin

Pada Februari lalu ciri salin dan tampal rentas platform yang membolehkan kandungan dari peranti Android ditampal ke peranti Windows 10 diberikan kepada Samsung Galaxy S20, S20+, S20 Ultra dan Z Flip menerusi aplikasi Your Phone. Aplikasi Your Phone telah dikemaskini untuk menyokong fungsi ciri Drag and Drop antara peranti Samsung dan Windows 10.

Sokongan diberikan pula kepada S20, S20+. S20 Ultra, Z Flip, A51, A71, S20, A90 5G, S10e, S10, S10+, S10 5G, Note10, Note 10+ , Note 10+ 5G dan Galaxy Fold. Kesemua peranti ini menyokong aplikasi Link to Windows versi 1.5 dan ke atas Sehingga 100 fail boleh dihantar pada waktu yang sama menggunakan fungsi salin dan tampal rentas platform ini dengan saiz maksimum setiap fail tidak melebihi 512 MB. Sebelum ini ciri yang sama boleh dilakukan menggunakan Samsung Dex.

Pada waktu ini fungsi salin dan tampal ini hanya diberikan kepada peranti Samsung sahaja tanpa sebarang maklumat ia akan diberikan kepada peranti Android lain. Ini berlaku kerana kerjasama yang rapat di antara kedua-dua syarikat malahan mantan ketua pegawai eksekutif Microsoft Bill Gates sebelum ini dilaporkan menggunakan peranti Samsung,

Sumber Micorosoft menerusi Sammobile

Komen