Oppo 40W AirVOOC Turut Dilancarkan – Pad Pengecas Nirwayar Pantas Dengan Kipas Penyejuk

Oppo 40W AirVOOC Turut Dilancarkan – Pad Pengecas Nirwayar Pantas Dengan Kipas Penyejuk

Diterbitkan pada Apr 14, 2020 oleh .

Oppo hari ini telah melancarkan Oppo Ace2, iaitu pengganti kepada Oppo Reno Ace yang dilancarkan sebelum ini. Cuma kali ini, Oppo tidak lagi menggunakan nama Reno pada siri Ace mereka. Peranti ini dijana dengan Snapdragon 865, mempunyai bateri 4000mAh dan menyokong sistem pengecasan pantas SuperVOOC 65W. Paling menarik adalah, ia turut menyokong sistem pengecasan pantas nirwayar baharu – Oppo 40W AirVOOC.

Bersama-sama dengan pelancaran peranti ini, Oppo turut melancarkan pad penegcasan nirwayar pantas mereka ini – Oppo 40W AirVOOC. Ia adalah sebuah pad pengecasan dengan kipas penyejuk terbina yang menjamin suhu peranti sentiasa berada di bawah 39 darjah ketika sedang dicas secara nirwayar. Kipas penyejuknya juga akan mengeluarkan bunyi yang amat senyap, iaitu kurang dari 22dBA. Ia boleh mengecas peranti Ace2 dari 0%-100% dalam masa hanya 56 minit. Ia masih menggunakan piawaian Qi, jadi mana-mana peranti yang mempunyai sokongan pengecasan nirwayar boleh dicas pada kadar sehingga 10W.

Dengan pengenalan sistem pengecasan nirwayar pantas AirVOOC, kita mungkin akan lihat variasi yang lebih pantas akan hadir dalam masa akan datang. Sudah tentu, Oppo akan kongsikan teknologi mereka dengan pengeluar lain. OnePlus misalnya, menggunakan kuasa 30W pada Warp Charge 30 Wirelessyang jelas teknologi dari Oppo. Aksesori pengecas Oppo 40W AirVOOC ini dijual pada harga RMB 249, iaitu sekitar RM153 sahaja.



TIPS & ULASAN