Carian
iQOO Neo3 5G Akan dijana Snapdragon 865, Storan UFS 3.1 & Skrin 144Hz
April 14, 2020 Fahim Zahar

iQOO Neo adalah peranti gaming mampu milik di bawah sub-jenama Vivo – iQOO. Harga jualannya adalah amat murah, misal kata peranti Snapdragon 855 jika dijual lebih RM2K – iQOO Neo dijual pada harga bawah RM2K. Peranti iQOO Neo akan datang adalah iQOO Neo3 5G. Baru-baru ini, iQOO telah mengesahkan beberapa spesifikasi peranti ini.

iQOO Neo3 5G akan dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 865, menyokong skrin kadar segar semula 144Hz dan menggunakan storan berasaskan UFS 3.1. Menurut sumber, ia mungkin akan menggunakan panel skrin LCD dengan resolusi FHD+. Ia turut dilaporkan akan menggunakan memori 6GB RAM dan storan dalaman 128GB, menjalankan FunTouch OS 10 Android 10, kamera 48MP dan bateri 4,500mAh dengan pengecasan pantas 44W.

Sebelum ini iQOO telah melancarkan peranti mercu utama mereka, iQOO 3 yang dijual pada harga sekitar RM2117. Ia turut dijana dengan Snapdragon 865 yang mana adalah antara yang paling murah. Ini bermakna iQOO Neo3 ada kemungkinan besar dijual pada harga yang lebih murah. Jika benar murah, ia akan membunuh Redmi K30 Pro yang Redmi mendakwa adalah peranti Snapdragon 865 paling murah.

Komen