Cari @ Amanz

Serentak dengan pelancaran Honor 30 hari ini, cip HiSilicon Kirin 985 telah diumumkan dengan kemampuan 5G sama seperti Kirin 990. Ia turut dihasilkan menggunakan teknologi 7nm dengan konfigurasi teras 1+3+4. Satu teras Cortex-A76 pada kelajuan 2.58 GHz, tiga teras Cortex-A76 pada kelajuan 2.4 GHz dan empat teras Cortex-A55 pada kelajuan 1.84 GHz.

GPU yang digunakan pula ialah Mali-G77 lapan teras yang dipadankan pula dengan NPU dua teras dan ISP 5,0. Menurut HiSilicon, cip ini mampu menyokong kedua-dua sistem 5G SA dan NSA. Kelajuan muat turun adalah sehingga 1277Mbps dan muat naik pula adalah sehingga 173Mbps. Cip ini dilihat sebagai pengganti Kirin 810 yang digunakan pada peranti kelas pertengahan.

Sebagai perbandingan Kirin 990 menggunakan gabungan 2 teras Cortex-A76 2.86 Ghz, 2 teras Cortex-A76 2.36 GHz, dan 4 teras Cortex-A55 1.95 Ghz. Untuk sokongan grafik pula, cip ini menyertakan Mali-G76 GPU 16-teras .

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd