Cari @ Amanz

Rekaan Sebenar LG Velvet Dikongsikan Secara Rasmi

Link Copied!

Menerusi LG Velvet, LG tidak lagi menggunakan sistem penamaan angka pada peranti mereka bagi mencuba strategi baru pemasaran. Selepas lakaran Velvet dikongsi secara rasmi minggu lalu, pada hujung minggu yang lepas mereka berkongsi video yang mendedahkan rekaan rasmi peranti ini.

Dapat dilihat ia mempunyai takuk kecil pada bahagian hadapan untuk kamera swafoto, rekaan skrin dwi-lengkung sisi, bezel yang nipis dan tri-kamera utama yang disusun menegak. Buat pertama kali juga LG Velvet disahkan menggunakan cip Snapdragon 765G yang menyokong rangkaian 5G.

Usaha LG untuk mencuba sesuatu yang baharu adalah harus dipuji kerana rekaan mereka agak statik sejak setahun dua yang lalu. Harus diingatkan mereka dahulu lebih berani dengan LG G5 dilengkapi sistem modular dan LG V10 dengan dwi-skrin pada bahagian hadapan.


Komen ()