Bagi anda yang membuat permohonan pemasangan internet, mungkin sedia maklum yang mana ia akan mengambil sedikit masa sebelum ia dipasang – dan tempoh berkenaan menjadi lebih lama ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan kini.
Kerajaan sendiri baru sahaja memberikan kebenaran pemasangan talian internet di beberapa lokasi zon hijau, tetapi ia sendiri mungkin akan mengambil sedikit masa berbanding pemasangan biasa.
Untuk mengatasi pengguna perlu menantikan tempoh terlalu lama, kini Telekom Malaysia dilihat hadir dengan penawaran Unifi Air sementara sehingga Unifi Home dipasang di rumah anda.
Walaubagaimanapun, perkara ini masih tertakluk kepada pelbagai perkara – termasuk liputan Unifi Air dikawasan pengguna, serta beberapa perkara lain.