Carian
Permohonan Bergerak Antara Negeri Kelak Boleh Dilakukan Menerusi Aplikasi Gerak Malaysia
April 22, 2020 Effi Saharudin

Awal tempoh PKP yang lalu orang ramai mula mengerumuni balai polis berhampiran bagi mendapatkan kebenaran bergerak antara negeri. Selepas beberapa jam permohonan menerusi balai polis dihentikan untuk tempoh yang terhad. Ramai yang mengeluh mengapa permohonan secara fizikal masih perlu dilakukan pada tahun 2020. Di dalam sidang media harian menteri kanan sebentar tadi, Datuk Sri Ismail Sabri mengumumkan kelak permohonan boleh dilakukan menerusi aplikasi Gerak Malaysia.

Jalan Raya

Permohonan secara dalam aplikasi boleh dilakukan bermula 25 April 2020. Ini membolehkan pengguna pulang dari kampung atau kembali semula ke rumah selepas sekian lama dilarang kerana perintah PKP. Bagi mereka yang tidak mempunyai telefon pintar, barulah permohonan secara fizikal dilakukan di balai polis berhampiran.

Tempoh diambil untuk permohonan akan diluluskan masih belum diketahui tetapi sekurang-kurangnya terdapat mekanisme untuk orang ramai untuk memohon pulang ke kampung dengan Ramadan akan bermula beberapa hari sahaja lagi.

Aplikasi Gerak Malaysia dilancarkan oleh SKMM minggu lalu dan kemudian tidak diiktiraf pula oleh Majlis Keselamatan Negara. Dengan pengumuman hari ini mungkin akhirnya pihak MKN mengiktiraf penggunaan aplikasi ini untuk urusan rasmi kerajaan.

Komen