Majlis Keselamatan Negara hari ini melalui media sosial mengumumkan yang mana MKN tidak melakukan sebarang penilaian atau memperakukan aplikasi GERAK Malaysia yang telah diterbitkan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Untuk makluman, SKMM telah pun menerbitkan aplikasi baru untuk pengguna tempatan dinamakan GERAK Malaysia dalam usaha untuk membuat pengesanan kontak. MKN dilihat tidak membuat pengesahan untuk aplikasi ini disebabkan oleh pemantauan data lokasi olehnya.
Ia agak mengejutkan untuk melihat pihak SKMM turut menyertakan logo MKN pada aplikasi terbitan mereka, sedangkan aplikasi berkenaan tidak diperakukan oleh pihak MKN. GERAK Malaysia sebelum ini telah disenaraikan di kedai aplikasi Android dan iOS, dan dikatakan akan digunakan sebagai aplikasi pengesanan kontak di Malaysia, dalam usaha untuk mengurangkan penyebaran wabak Covid-19.
Pada masa yang sama, pihak MKN turut telah mengumumkan mereka sedang bekerjasama dengan pihak MOSTI dalam mengabungkan aplikasi MySejahtera dan MyTrace menjadi satu aplikasi.
MKN tidak membuat sebarang penilaian atau memperakukan GERAK MALAYSIA.MKN kini sedang berkerjasama dengan Mosti bagi mengabungkan aplikasi My Sejahtera dan My Trace
— MAJLIS KESELAMATAN NEGARA JABATAN PERDANA MENTERI (@MKNJPM) April 17, 2020