Cari @ Amanz

Adobe Tawar Langganan Photoshop Dan Fresco Premium Untuk iPad Dalam Satu Pakej Pembelian

Link Copied!

Adobe cukup terkenal dengan penawaran aplikasi suntingan gambar yang boleh dikatakan antara pilihan pengguna dalam mendapatkan hasil terbaik. Terkini, Adobe mengumumkan penawaran langganan baru dengan menggabungkan aplikasi Adobe Photoshop dan Adobe Fresco Premium untuk iPad dalam satu pakej bulanan menarik. Pakej ini ditawarkan pada harga RM47.07.

 

Penawaran ternyata ianya sesuatu yang menarik dan berbaloi kerana sebelum ini kedua-dua aplikasi tersedia dalam langganan pada harga berasingan. Tawaran ini tersedia untuk pelanggan yang mempunyai langganan aplikasi Photoshop di iPad atau menaik taraf aplikasi Adobe Fresco Premium melalui App Store.

Selain itu, pelanggan Creative Cloud dengan langganan aplikasi Photoshop tunggal juga akan mendapat akses ke Fresco Premium sebagai sebahagian daripada pakej bulanan. Melalui penawaran ini, pengguna kini bebas untuk berkarya dan berinspirasi dengan lebih kreatif.


Komen ()