Sepanjang tempoh PKP ini, penggunaan platform panggilan video semakin berleluasa. Google turut mengemaskini Hangouts Meet kepada Google Meet dengan beberapa fungsi baharu, Zoom 5.0 diperkenalkan dengan bilik menanti maya dan banyak lagi. Google turut tidak terlupa dengan Google Duo, iaitu platform panggilan video ringkas mereka yang mudah diakses tidak kira Android, iOS atau komputer.
Dalam kod APK pada Google Duo, ia memperlihatkan yang Google bakal hadir dengan sokongan menjana pautan untuk menjemput pengguna lain sertai panggilan video berkumpulan. Baru-baru ini, Google telah pun mengemaskini aplikasi ini dengan kualiti panggilan video yang lebih baik, sokongan pelekat dan mampu membuat panggilan video sehingga 12 orang. Walau bagaimanapun, panggilan video berkumpulan ini memerlukan seorang pengguna menambah kenalan satu demi satu – yang mana adalah melecehkan. Jadi, dengan pautan jemputan ini – kelak ia akan lebih memudahkan pengguna.
Google Duo is working on group invite links pic.twitter.com/NCQl3JV1PX
— Jane Manchun Wong (@wongmjane) April 22, 2020
Akan tetapi, jika anda memperoleh pautan itu dari sumber lain (misal kata anda tidak dijemput) – ia akan memberi amaran yang anda tiada kenalan tersebut tersimpan atau salah satu kenalan itu disekat. Pautan jemputan ini juga dilihat mungkin akan terhad untuk aplikasi pada peranti mudah alih sahaja dan tidak boleh digunakan melalui web.