Carian
Pengguna Xiaomi Mi 6 Boleh Menguji MIUI 12 Beta
April 28, 2020 Fahim Zahar

Xiaomi Mi 6 adalah peranti mercu Xiaomi yang dilancarkan pada April 2017. Peranti yang dijana Snapdragon 835 ini sudah pun berusia lebih tiga tahun. Sokongan kemaskini rasmi sepatutnya sudah pun dihentikan. Malah, kemaskini MIUI 10 – Xiaomi turut mengarahkan pengguna untuk berikan sebab munasabah kenapa sokongan kemaskini perlu diteruskan. Syukur, Xiaomi mendengar kata-kata pengguna dan peranti ini terus disokong sehingga MIUI 11.

Terkini, Xiaomi telah pun melancarkan MIUI 12 yang lebih kemas, pantas dan mempunyai mod gelap serba baharu. Berita baik bagi pengguna Mi 6, MIUI 12 versi beta dapat diuji pada peranti ini. Walau bagaimanapun, Xiaomi masih tidak membuat keputusan sama ada ingin berikan kemaskini stabil atau pun tidak. Pelik sekali, peranti kelas pertengahan Mi 6X disahkan akan menerima kemaskini ini – tetapi Mi 6 tidak.

Berbeza dengan peranti Android lain, Xiaomi kerap memberi sokongan kemaskini sehingga lebih 5 tahun sebelum ini (seakan Apple). Namun dengan pelbagai fungsi dan ciri baru, ia terhad untuk digunakan pada peranti-peranti lama. Jadi ada peranti yang hanya berusia 2-3 tahun sudah ditamatkan sokongan.

Komen