Pengasas Huawei Berjenaka Ia Mungkin Mengambil Sekitar 300 Tahun Untuk Mengatasi Google Dan Apple

Pengasas Huawei Berjenaka Ia Mungkin Mengambil Sekitar 300 Tahun Untuk Mengatasi Google Dan Apple

Diterbitkan pada Apr 29, 2020 oleh .

Huawei sebelum ini telah disenarai-hitam oleh kerajaan Amerika Syarikat, sekaligus membuatkan perniagaan Huawei menghadapi cabaran – termasuk dari segi mendapatkan komponen, penggunaan sistem Google, dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, pihak Huawei tidak berputus-asa, dan telah mula hadir dengan penawaran alternatif mereka tersendiri – termasuk Huawei AppGallery untuk kedai aplikasi, dan juga sistem operasi tersendiri dinamakan Harmony OS.

Huawei sebelum ini telah mengatakan mereka mempunyai pilihan untuk menggunakan komponen luar, termasuk hadir dengan sejumlah penawaran tersendiri – tetapi masih ingin kekal bekerjasama dengan syarikat Amerika Syarikat.

Huawei sendiri belum memasarkan telefon pintar dengan Harmony OS, sebaliknya masih menggunakan sistem operasi Android.

Bercakap mengenai situasi ini, pengasas Huawei, Ren Zhengfei mengatakan mereka boleh untuk tidak menggunakan komponen dari Amerika Syarikat, tetapi apa akan jadi sekiranya pengguna tidak membeli produk Huawei?

Pada masa yang sama, beliau berjenaka, mengatakan Huawei hadir lewat dalam pasaran, dan ia akan sukar untuk mengatasi sistem operasi dari Android dan Apple – dimana ia akan mengambil masa yang sangat lama, tidak lebih daripada 300 tahun.

Pada masa yang sama, menyentuh mengenai penularan wabak Covid-19, Ren mengatakan krisis ini memberikan impak yang besar terhadap pengeluaran, jualan dan penghantaran produk Huawei.



TIPS & ULASAN