Pada awal bulan ini, kami telah melaporkan yang Samsung sedang membangunkan set fon telinga nirwayar serba baharu yang lain daripada yang lain. Aksesori audio ini membawakan rekaan seakan “kacang” dan dikatakan akan menawarkan kualiti audio yang lebih baik berbanding sebelum ini.
Terkini, nama yang dikatakan adalah untuk set fon telinga ini telah tertiris. Samsung mungkin akan menggelarkan aksesori ini sebagai Galaxy BudX. Set fon telinga nirwayar ini menggunakan nombor model SM-R180 mungkin akan menggunakan komponen baharu buatan mereka sendiri iaitu MUA01 dan MUB01. Ia juga mungkin akan mempunyai sokongan pembatalan hingar aktif dan mungkin akan dijual pada harga sekitar 170,000 won, iaitu sekitar RM604.