MediaTek Bakal Muncul Dengan Pemproses 5G Terbaru Pada 7 Mei Ini

MediaTek Bakal Muncul Dengan Pemproses 5G Terbaru Pada 7 Mei Ini

Diterbitkan pada Apr 29, 2020 oleh .

Terdahulu, MediaTek pernah terpalit dengan isu kontroversi penipuan berkaitan skor aplikasi penanda aras. Namun, perkara itu tidak langsung memberi kesan sebaliknya pengeluar ini dilihat terus berusaha menjadi yang terbaik. Bahkan, boleh dikatakan cip keluaran mereka kini banyak digunapakai dalam kalangan pengeluar peranti pintar.

Terkini, MediaTek telah mengesahkan bahawa mereka bakal memperkenalkan cip pemproses dengan integrasi 5G terbaru tidak lama lagi. Perkara ini dikongsi sendiri oleh pihak MediaTek menerusi sebuah poster di laman Weibo rasmi mereka dan dijadualkan berlangsung pada 7 Mei ini.

Bagaimanapun, maklumat mengenai perincian penuh cip pemprosesan berkenaan masih belum diketahui. Pun begitu, ramai membuat spekulasi ia berkemungkinan memfokuskan kepada peranti pertengahan dengan sokongan rangkaian 5G yang lancar.

Sebelum ini, MediaTek telah memperkenalkan cip pemproses Dimensity 1000 5G yang mana merupakan cip pertama mereka yang menyokong rangkaian 5G. Seterusnya, MediaTek muncul pula dengan cip Dimensity 800 untuk segmen peranti kelas pertengahan dengan sokongan rangkaian 5G. Agaknya bagaimana pula untuk penawaran kali ini?



TIPS & ULASAN