Carian
Xiaomi Mi Mix 5G Dianak Tirikan – Pengguna Kecewa Peranti Masih Tersangkut Pada MIUI10
May 6, 2020 Aman

Xiaomi Mi Mix 5G merupakan telefon pintar pertama daripada Xiaomi yang hadir dengan sokongan rangkaian 5G. Walaupun ia menjadi peranti pertama 5G daripada Xiaomi, namun, pengeluar dari China berkenaan dilihat menganak-tirikan telefon pintar berkenaan.

Telefon yang diperkenalkan sekitar setahun yang lepas, masih tersangkut menggunakan Android Pie dan MIUI10. Ini membuatkan ramai pengguna kecewa dan berkongsi di forum rasmi Xiaomi berkenaan perkara berkenaan.

Tambahan lagi, memandangkan Xiaomi telah memulakan pembangunan MIUI12 untuk peranti dibawah mereka – dan Mi Mix 3 disenaraikan dibawah penawaran berkenaan, sementara Mi Mix 3 5G tidak tersenarai.

Buat masa ini, pihak Xiaomi masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan hal ini.

Komen