Ehang Akan Membuka Hotel Pertama Dengan Perkhidmatan Bersiar-Siar Menggunakan Teksi Terbang

Ehang Akan Membuka Hotel Pertama Dengan Perkhidmatan Bersiar-Siar Menggunakan Teksi Terbang

Diterbitkan pada Mei 13, 2020 oleh .

Di Malaysia kita ada hotel yang bertemakan zaman kolonial, muzik rock dan pelancongan lestari. Kesemuanya memberikan pengalaman yang unik bagi pelanggan yang inginkan sesuatu yang berbeza. Di China kelak, hotel pertama dunia yang bertemakan pelancongan menggunakan teksi terbang akan dibina di Guangzhou China.

Hotel ini adalah hasil kerjasama syarikat Ehang dan LN Holding. Apabila beroperasi kelak, teksi terbang keluaran Ehjang akan digunakan oleh pelanggan untuk pergi ke destinasi setempat dan bersiar-siar ke kawasan pelancong setempat. Pada waktu malam pula pelanggan akan dapat menikmati pertunjukan udara oleh ratusan dron berlampu juga dihasilkan oleh Ehang. Ramai mungkin tidak menyedari sebelum menempa nama sebagai antara pelopor teksi terbang, Ehang ialah syarikat yang menghasilkan dron seperti DJI.

Buat masa ini perkhidmatan percubaan perkhidmatan teksi terbang akan dilakukan di LN Garden Hotel di Nansha, Guangzhou bagi melihat kebolehgunaann teksi terbang Ehang 216 bagi tujuan pelancongan. Selain hotel bertemakan kenderaan terbang, EHang turut telah mengesahkan pembinaan lapangan teksi terbang pertama dunia menjelang penghujung tahun ini di Guangxi.



TIPS & ULASAN