Huawei Dijangka Melancarkan Telefon Skrin Boleh-Lipat Lebih Mampu Milik Tahun Ini

Huawei Dijangka Melancarkan Telefon Skrin Boleh-Lipat Lebih Mampu Milik Tahun Ini

Diterbitkan pada Mei 15, 2020 oleh .

Dua peranti boleh lipat Huawei Mate X dan Mate Xs mempunyai rekaan yang amat menarik. Walaupun ramai yang menyuarakan hasrat ingin memilikinya, harga jualan kedua-dua peranti yang melangkaui RM10,000 membantutkan hasrat ini. Kini kedengaran ura-ura Huawei akan melancarkan sebuah peranti skrin boleh-lipat yang lebih mampu milik.

Ini ialah menurut Ross Young yang sebelum ini meniriskan maklumat mengenai Galaxy Fold 2 di dalam sesi temuramah video di saluran GregglesTV. Menurut beliau peranti dengan harga yang lebih kompetitif ini akan mempunyai rekaan kulit kepah yang menutup skrin ke dalam seperti Galaxy Z Flip. Huawei masih belum memasarkan peranti dengan rekaan seperti ini tetapi sudahpun memfailkan beberapa paten.

Setakat ini strategi pemasaran Mate X masih belum menampakkan hasil dengan Richard Yu dipetik berkata Mate Xs menyebabkan Huawei menanggung kerugian sekitar RM300 juta. Tetapi beliau percaya pada masa hadapan kos peranti skrin boleh-lipat akan menurun dalam masa terdekat sehingga ia akan menjadi rekaan standard telefon pintar.



TIPS & ULASAN