Cari @ Amanz

HBO GO Kini Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM34.90 Sebulan

Link Copied!

Perkhidmatan penstriman HBO GO mula ditawarkan kepada pelanggan di Malaysia sejak Mei 2019. Pada waktu tersebut anda hanya boleh menikmati perkhidmatan ini sekiranya anda seorang pelanggan Astro. Tetapi hari ini ia akhirnya ditawarkan secara terbuka kepada kesemua pengguna yang berminat di Malaysia.

Yuran langganan HBO GO ialah RM34.90 sebulan. Pelanggan Astro dengan pek Movies masih boleh menggunakan HBO GO dengan menggunakan log masuk Astro mereka seperti sebelum ini. Selari dengan pembukaan perkhidmatan kepada semua, aplikasi baharu HBO GO turut dilancarkan dengan aplikasi HBO GO My sebelum ini tidak lagi boleh diakses.

Ini mungkin petanda awal perkhidmatan penstriman baharu HBO Max akan turut ditawarkan di Malaysia dalam masa terdekat. HBO Max yang akan mula beroperasi di Amerika Syarikat pada 25 Mei ini akan menawarkan kesemua kandungan yang dimiliki Warner Media seperti Cinemax, New Line, DC Entertainment, Warner Bros, The CW, CNN, TNT, TBS, TruTV, Turner Classic Movies, Crunchyroll, Adult Swim, Cartoon Network, Rooster Teeth, Looney Tunes dan banyak lagi.

Untuk memuat turun aplikasi terbaru ini sila ke pautan di bawah. Pada waktu ini langganan percuma selama 7 hari diberikan kepada mereka yang ingin mencuba terlebih dahulu.

Muat turun aplikasi HBO GO dari Google Play Store 
Muat turun aplikasi HBO GO dari Apple App Store 

Komen ()