TSMC Mengumumkan Pembukaan Kilang Cip Di Amerika Syarikat

TSMC Mengumumkan Pembukaan Kilang Cip Di Amerika Syarikat

Diterbitkan pada Mei 15, 2020 oleh .

Ura-ura mengenai TSMC akan membuka kilang cip di Amerika Syarikat mula didengari seminggu lalu. Hari ini akhirnya Taiwan Semiconductor Manufacturing Co Ltd (TSMC) mengesahkan mereka akan membuka sebuah kilang bernilai $12 bilion di Arizona, Amerika Syarikat.

Pembinaan kilang ini akan bermula pada tahun 2021 dan akan mewujudkan 1600 peluang pekerjaan. Kilang dengan kemampuan menghasilkan 20,000 wafer setiap bulan ini turut akan menghasilkan cip berteknologi 5nm yang dijangka akan meningkatkan lagi kemampuan pengkomputeran peranti pintar di masa akan datang.

Presiden Trump sebelum ini menyeru supaya penghasilan cip berteknologi tinggi dikembalikan semula ke Amerika Syarikat bagi memastikan negara tersebut terus meneraju kemajuan teknologi dan tidak dipintas oleh negara lain seperti China. Terdapat spekulasi antara syarikat yang akan menggunakan cip yang dihasilkan dari kilang ini ialah Apple. Trump pernah menawarkan insentif kepada syarikat ini untuk memindahkan pengilangan iPhone ke Amerika Syarikat empat tahun lalu.



TIPS & ULASAN