Cari @ Amanz

MediaTek Dilaporkan Tidak Memberi Jaminan Akan Terus Menyediakan Bekalan Cip Kepada Huawei

Link Copied!

Sekatan terhadap Huawei yang tidak dibenarkan untuk mengakses cip dihasilkan daripada pembekal global adalah isu terhangat dunia teknologi minggu lalu. Sekatan ini sekaligus mendatangkan kesan yang besar terhadap Huawei dan ia terpaksa mencari jalan lain untuk mendapatkan bekalan cip untuk peranti pintar dan kelengkapan telekomunikasi mereka.

Antara berita yang didengari ialah mereka mungkin berubah kepada cip MediaTek bagi memenuhi keperluan cip 5G. Namun, ia tidak begitu mengejutkan kerana Huawei telah menggunakan cip MediaTek untuk sejumlah perantinya sebelum ini dan model terkini adalah Huawei Enjoy Z 5G yang dijana dengan cip MediaTek Dimensity 800. Honor sendiri berkata minggu lalu mereka akan menggunakan cip MediaTek pada peranti mereka di masa hadapan.

Huawei Enjoy Z 5G

Bagaimanapun, laporan memetik sumber berkata MediaTek dikatakan tidak memberi jaminan untuk terus menyediakan bekalan cip pemproses kepada Huawei. Ia berikutan adalah kerana MediaTek dikatakan perlu membuat pelaburan yang tinggi untuk mempertingkat kemampuan penghilangan bagi memenuhi setiap permintaan Huawei.

Selain itu, mereka tidak mahu menjadi mangsa sekatan Amerika Syarikat pula sekiranya dilihat membantu Huawei mendapatkan bekalan cip. Disebabkan perkara-perkara ini, MediaTek tidak dapat memberi jaminan untuk terus membekal cip pemproses untuk Huawei.


Komen ()