Selama Samsung Galaxy M01 telah dilancarkan secara rasmi di India. Ia adalah peranti kelas permulaan asas yang dijana oleh cip Snapdragon 439 dan juga sistem dwi-kamera utama dengan harga jualan mampu milik.
Di India Galaxy M01 dilengkapi skrin 5.71″ LCD HD, dijana cip Snapdragon 439, memori 3GB RAM, storan 32GB dan bateri sebesar 4000 mAH. Peranti menyokong mikro SD sehingga 512GB tetapi tiada sokongan untuk pengecasan pantas diberikan. Ia juga masih lagi menggunakan port mikroUSB.
Kamera utama adalah sebesar 13+2 megapixel dengan kamera swafoto pula sebesar 5-megapixel. Sensor sekunder pada bahagian belakang adalah untuk mengesan kedalaman untuk kesan bokeh. Masih terdapat bicu audio 3.5mm bagi mereka yang masih menggunakan aksesori audio berwayar. Satu kekurangan ialah Galaxy M01 tidak mempunyai pengimbas cap jari fizikal.
Walaupun ia hanya sekadar sebuah peranti kelas permulaan. Galaxy M01 menggunakan Android 10 dengan pelancar One UI 2.0. Dari segi spesifikasi peranti ini pesaing kepada Redmi 8A Dual. Di India Samsung Galaxy M01 dijual pada harga ₹8,999 (~RM510) sebuah,