Carian
Panasonic Melancarkan Perisian Mengubah Kamera Digital Menjadi Kamera Web
June 9, 2020 Effi Saharudin

Dunia muka dibuka semula selepas lebih tiga bulan menjalani proses kuarantin yang memaksa ramai untuk bekerja dari rumah. Keperluan untuk kamera web meningkat mendadak dalam tempoh kuarantin ini dan ia memaksa pengeluar kamera digital untuk mengeluarkan perisian yang membolehkan kamera mereka digunakan sebagai kamera web.

Panasonic akhirnya melancarkan perisian Lumix Tather For Streaming versi Beta mereka semalam. Dari namanya anda pasti dapat mengagak ia mengubah kamera Lumix menjadi kamera web. Pada waktu ini perisian masih dibangunkan tetapi versi Beta ini boleh dimuat turun percuma bagi mereka yang ingin mencuba.

Memandangkan perisian masih lagi di peringkat ujian, ia hanya menyokong model DC-GH5, DC-G9, DC-GH5S, DC-S1, DC-S1R, dan DC-S1H sahaja pada waktu ini. Sekiranya anda pengguna kamera Canon dan Fujifilm, perisian yang memberikan fungsi yang sama turut telah dilancarkan sebelum ini.

Komen