Cari @ Amanz

Dengan sekolah masih lagi belum menunjukkan tanda-tanda akan dibuka dalam masa terdekat, ramai yang merungut terpaksa berbelanja lebih untuk menikmati pengajaran secara atas talian. Data 1GB sehari yang diberikan kerajaan sepanjang tempoh PKP dan PKPB adalah tidak mencukupi. Data 1GB PENJANA pula mengehadkan jumlah aplikasi yang boleh digunakan seperti YouTube yang menjadi medium pilihan kebanyakan guru.

Oleh itu kami mula menerima pertanyaan dari pembaca tentang pelan data manakah yang paling berbaloi untuk dilanggan sejak minggu lalu.  Kerana pembelajaran atas talian menggunakan jumlah data yang tinggi, kami merasakan pelan data tanpa had adalah pilihan terbaik. Seterusnya RM40 pula diambil sebagai had harga langganan tertinggi bulanan kerana ia kami lihat sebagai yang paling mampu milik bagi kebanyakan pengguna.

Kami ada memberikan pilihan yang lebih murah di bawah. Diharap artikel ini dapat membantu anda mencari pelan yang paling sesuai dengan keperluan serta kemampuan anda semua.

Dikemaskini – Artikel dikemaskini selepas U-Mobile mengemaskini penawaran pelan data tanpa had mereka pada 11 Jun 2020


Maxis

Maxis kini menawarkan akses Internet tanpa had menerusi penawaran pelan Hotlink terbarunya iaitu Hotlink Prepaid Unlimited. Pelan ini hadir dengan penawaran pada harga bermula serendah RM35.

Melalui pelan RM35, anda boleh menikmati pelayaran internet tanpa had dengan akses kelajuan kelajuan maksima 3Mbps. Walau bagaimanapun, penawaran ini tertakluk pada Polisi Penggunaan Samarata (FUP) dan kelajuan pelayaran akan berkurang pada 512kbps selepas mencapai had ditetapkan sehingga ia diperbaharui.

Pembelian tambahan akses pas kelajuan tanpa had juga tersedia untuk mereka yang memerlukan. Ia ditawarkan dalam tiga pilihan harga iaitu RM1 untuk tempoh sah selama 1 jam, RM3 dengan kuota 3GB untuk tempoh sah selama sehari dan RM10 dengan kuota 5GB untuk tempoh sah sehingga 7 hari (langganan ini boleh digunakan untuk hotspot)

Di samping itu, anda juga boleh menikmati pelbagai manfaat lain seperti akses panggilan tanpa had, langganan Viu secara percuma dengan Maxis TV, pulangan sebanyak 10% untuk pembelian di aplikasi Google Playstore / Apple Appstore dan ganjaran peribadi di aplikasi Hotlink. Bagaimanapun, perlu diingatkan kuota hotspot tidak tersedia melalui pelan ini. Namun, langganan tambahan pas kelajuan tanpa had membolehkan pengguna menggunakan hotspot.

Sekadar tambahan, Maxis juga hadir dengan penawaran pelan RM45 sebagai pilihan. Manfaat yang ditawarkan adalah sama seperti pelan RM35. Namun apa yang membezakan antara keduanya adalah akses kelajuan. Di mana menerusi pelan RM45, anda akan dapat menikmati kelajuan akses dua kali ganda iaitu sehingga 6Mbps.

Kelebihan

  • Tambahan pas kelajuan tanpa had serendah RM1
  • Panggilan tanpa had ke semua rangkaian
  • Langganan Viu secara percuma dengan Maxis TV
  • Diskaun 10% untuk pembelian di aplikasi Google Playstore/ Apple Store

Kekurangan

  • Tiada kuota hotspot
  • Kuota FUP bulanan 50GB

 


Celcom

Untuk memberikan lebih banyak fleksibiliti, Celcom juga kini hadir dengan penawaran pelan data prabayar bulanan pada harga serendah RM35. Melalui pelan ini, pengguna prabayar Xpax boleh menikmati akses data Internet tanpa had dengan kelajuan sehingga 3Mbps. Berbeza dengan Maxis, Celcom dilihat hadir dengan penawaran kuota hotspot  percuma sebanyak 3GB dengan akses kelajuan sehingga 3Mbps.

Pas tambahan juga tersedia dengan dua pilihan harga iaitu RM1 dengan kuota 1GB untuk tempoh sah satu hari dan RM3 dengan kuota 5GB untuk tempoh dah sehingga 3 hari. Di samping itu, pelan ini juga menawarkan sejumlah manfaat lain termasuk panggilan tanpa had ke semua rangkaian.

Sekadar tambahan, Celcom juga hadir dengan pilihan lebih fleksibel untuk pengguna dengan pelan secara mingguan pada harga RM12. Melaluinya, pengguna boleh menikmati penawaran kuota hotspot sebanyak 1GB secara percuma dan akses panggilan tanpa had ke semua rangkaian.

Kelebihan

  • Penawaran kuota hotspot 3GB
  • Panggilan tanpa had ke semua rangkaian

Kekurangan

  • Tiada pada waktu ini.

 


U Mobile

U Mobile Unlimited GX

Berita baik lagi! Penawaran daripada U Mobile juga nampak menarik berbanding yang lain apabila menawarkan pelan data prabayar bulanan pada harga serendah RM30 melalui pelan GX30. Melalui GX30, U Mobile menawarkan akses pelayaran Internet tanpa had dengan kelajuan maksima 6Mbps dan kuota hotspot sebanyak 6GB.

Anda juga boleh membuat pembelian Booster untuk meningkatkan kelajuan dengan data tambahan. Antara langganan Booster tersedia termasuklah kuota hotspot sebanyak 3GB pada RM3 dengan tempoh sah sehingga 3 hari, data tambahan 10GB pada harga RM5 dengan tempoh sah sehingga 14 hari dan pas kelajuan tanpa had RM5 dengan tempoh sah sehingga 24 jam.

Sebagai tambahan, U Mobile juga hadir dengan pelan prabayar GX38 dengan bayaran bulanan RM35. Ia menawarkan manfaat yang sama dengan GX30 cuma dengan tambahan pelan panggilan telefon percuma. Sekadar selingan, U Mobile juga hadir dengan GX12 untuk penawaran pelan data prabayar tanpa had secara mingguan dengan kelajuan 3Mbps dan hotspot 1GB.

Kelebihan

  • Penawaran kuota hotspot 3GB

Kekurangan

  • Menurut OpenSignal, U Mobile memberikan kelajuan muat turun purata yang lebih rendah berbanding Maxis dan Celcom

Sebagai kesimpulan, dengan semua penawaran tersenarai kini anda mempunyai banyak pilihan untuk mendapatkan pelan yang berbaloi. Sebagai pengguna, kita hendaklah bijak membuat perbandingan yang bukan sahaja daripada segi harga, malah jenis manfaat yang tersedia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd