MOSTI Ingin Membentang Rang Undang-Undang Untuk Mengawal Selia Aktiviti Di Ruang Angkasa Malaysia

MOSTI Ingin Membentang Rang Undang-Undang Untuk Mengawal Selia Aktiviti Di Ruang Angkasa Malaysia

Diterbitkan pada Jun 11, 2020 oleh .

Kami pasti bahawa setiap negara mempunyai cita-cita untuk meneroka angkasa lepas. Baru-baru ini Space-X menjadi syarikat persendirian pertama yang berjaya menghantar manusia ke International Space Station.

Terkini, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin telah berkicau di Twitter mengatakan bahawa pihak kementeriannya akan bersidang di Parlimen pada 13 Julai kelak.

Menariknya, beliau mengatakan bahawa pada persidangan tersebut, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi akan membentangkan rang undang-undang Angkasa untuk mengawal selia aktiviti di ruang angkasa Malaysia seperti pelancaran satelit dan sebagainya.

Seperti yang diketahui umum, Malaysia tidak terlalu diketahui mengenai aktiviti di angkasa lepas, kecuali untuk angkasawan tempatan pertama, Dr. Sheikh Muzaffar dan juga UiTM yang menjadi IPTA pertama yang melancarkan satelit ke angkasa lepas dua tahun yang lalu.

Malaysia mempunyai badan angkasanya sendiri, iaitu Agensi Angkasa Malaysia ataupun MYSA yang dibangunkan pada tahun 2002 untuk membangunkan dan menggunakan teknologi angkasa.

Adakah dengan pengumuman rang undang-undang oleh MOSTI ini akan menjadi langkah pertama didalam usaha negara untuk menyertai Perjanjian Artemis dan menjelajah angkasa lepas bersama-sama dengan negara-negara lain?



Paling Popular