Cari @ Amanz

Dengan teknologi realiti gabungan, dunia maya dapat dicantumkan dengan dunia sebenar menerusi peranti khusus. Tetapi setakat ini pembangunan aplikasi serta peranti gabungan adalah agak perlahan. OIeh sebab itu pengumuman Bose untuk menamatkan program Bose AR mereka adalah tidak mengejutkan.

Teknologi Bose AR digunakan pada kaca mata pintar yang mereka lancarkan dua tahun yang lalu. Interpretasi realiti gabungan Bose adalah berbeza dari syarikat lain. Mereka menumpukan sepenuhnya kepada audio dan bukannya visual. Sebagai contoh Bose AR boleh membaca papan tanda dalam bahasa asing kemudian membacakan maksud terus ke telinga pemakai.

Dengan penarik diri dari platform Bose AR, kesemua 32 aplikasi yang telah dibangunkan setakat ini akan berhenti beroperasi dalam minggu-minggu mendatang. Realiti gabungan adalah teknologi yang diramalkan bakal mengubah dunia apabila dipadankan dengan rangkaian 5G.

Apple ialah syarikat yang sedang menumpukan usaha membangunkan peranti realiti gabungan menerusi Apple Glass yang sehingga kini masih belum dilancarkan. Adakah Apple akan berjaya selepas Bose, Leap dan Microsoft sendiri gagal menjadikan teknologi ini digunakan secara meluas?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd